Wednesday, 18 January 2017

hmm .... seorang pekerja tuu agak agak ada hak tak ?

Hai ... Assalam harini nak bercerita sedikit tentang pekerja, yelah memandangkan majoriti dari kita ni mesti pernah bekerja kan secara part time atau full time ... Selama ni kita tahu takk tentag hak hak yang ada sebagai seorang pekerja ? haaa mehh sis nkk story sikit ... rajin rajinkan diri membaca okay ... tambahkan ilmu pengetahuan :DD  


                                       
 


ini adalah berita daripada surat khabar Sinar Harian tentang pekerja yang didera :( - 


JOHOR BAHRU - Polis percaya majikan yang disyaki memukul seorang pekerjanya sehingga cedera di beberapa bahagian badan telah melarikan diri. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Jokhiri Abd Aziz berkata, polis mempunyai petunjuk positif dalam usaha mengesan suspek yang bertindak melarikan diri bersama isterinya dipercayai sejak Selasa lalu. 

"Bagaimanapun polis percaya, suspek akan dapat ditahan dalam masa terdekat.

"Polis giat memburu suspek terlibat...setakat ini ada perkembangan positif. Tunggu masa untuk ditahan," katanya.

Sinar Harian kelmarin melaporkan seorang jurujual berusia 21 tahun cedera di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dipukul, disepak dan dirotan majikannya. 

Penderitaan lelaki itu dipercayai terbongkar apabila kakak mangsa terserempak dengan adiknya dalam keadaan tidak terurus dan ada kesan kecederaan di badan di hadapan sebuah bank di Taman Perling pada Ahad lalu. 

Bimbang akan keselamatannya, keluarga mangsa telah ke tempat tinggal lelaki tersebut di Taman Johor Jaya dan berjaya menemui mangsa dan satu laporan telah dibuat.


Jadi ini adalah antar hak - hak pekerja yang telah saya dapati :-


Bahagian XII Akta Kerja 1955 memperuntukkan tentang hak pekerja di Malaysia. Hak-hak tersebut ialah hari rehat, tempoh kerja cuti umum dan lain-lain. Namun ia juga tidak menghalang majikan dan pekerja daripada menetapkan sebarang syarat atau terma yang agak berbeza asalkan ia tidak merugikan pekerja atau bertentangan dengan peruntukan Akta Kerja 1955.
Perlu ditekankan segala peruntukan Bahagian XII ini hanya terpakai kepada pekerja yang dilindungi oleh akta ini, iaitu seperti yang disebutkan dalam jadual pertama atau seksyen 2(3) atau 2A akta berkenaan. Bagi pekerja yang tidak dilindungi oleh akta ini, syarat seperti yang dinyatakan di bawah adalah bergantung pada terma perjanjian yang dimasuki dengan majikan.
1. Hari rehat. Menurut akta ini, setiap pekerja hendaklah dalam setiap satu minggu, dibenarkan satu hari rehat sepenuhnya.
2. Tempoh kerja. Akta kerja menetapkan jumlah maksimum bagi seseorang pekerja itu bekerja. Pekerja tidak dibenarkan bekerja:
i) lebih daripada 5 jam berterusan tanpa rehat;
ii) lebih daripada 8 jam sehari;
iii) lebih daripada 10 jam sehari bagi tempoh yang terputus-putus;
iv) lebih daripada 48 jam seminggu.
3. Kerja lebih masa. Majikan adalah dilarang membenarkan seseorang pekerja itu bekerja lebih masa melebihi 64 jam dalam satu bulan. Kadar bayaran kerja lebih masa bagi kerja yang dilakukan pada hari biasa bekerja adalah tidak kurang daripada satu setengah kali ganda pada kadar bayaran setiap jam. Walau bagaimanapun, kadar bayaran bagi kerja lebih masa pada hari biasa bekerja, hari rehat dan cuti umum adalah berbeza. Ia adalah hak pekerja di Malaysia.
4. Cuti umum. Akta kerja menetapkan sepuluh hari cuti umum bergaji iaitu 4 hari cuti umum ditetapkan oleh akta dan selebihnya ditetapkan oleh majikan. Empat hari cuti umum ialah cuti bagi:
i) Hari Kebangsaan;
ii) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; Hari Keputeraan Sultan/Raja atau Yang di-Pertuan Besar di negeri di tempat pekerja bekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya di negeri tersebut;
iii) Hari Wilayah Persekutuan;
iv) Hari Pekerja.
5. Cuti tahunan. Setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan. Jangka masa cuti tahunan tidaklah tetap dan berubah mengikut jangka masa perkhidmatan seseorang pekerja itu berkhidmat dengan majikannya. Seperti berikut:
i) 8 hari jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2 tahun;
ii) 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya adalah di antara 2 hingga 5 tahun;
iii) 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun.
6. Cuti sakitPekerja yang sakit tidak dikehendaki untuk bekerja. Pekerja tersebut mesti mengesahkan bahawa dia sakit. Perbelanjaan rawatan atau pemeriksaan doktor adalah ditanggung oleh majikan. Dalam setahun, pekerja berhak mendapat 12 hingga 20 hari cuti sakit bergaji bergantung pada jangka masa perkhidmatan.
Hak pekerja di Malaysia yang dinyatakan di atas adalah betul semasa artikel ini ditulis. Tetapi ia tertakluk kepada pindaan yang terdapat pada Akta Kerja 1955 yang mungkin berlaku. Moga ia memberi sedikit infomasi kepada bakal graduan di negara ini.

Monday, 16 January 2017

Hak seorang anak !

Haiii Assalam ..... hari ni nakk update pasal berita viral yang baru terbaca di akhbar metro .... bagi sis ni mmg takk wajar dan takk patut dilakukan oleh seorang ibu :( meh sini nakk share sikit apa yang telah dibaca ....


 




Awal tahun 2017 ni dimulai dengan kisah yang menyentuh hati... Mana taknya, memang terkedu sis baca cerita pasal seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya sendirian di sebuah rumah kosong. MasyaAllah... tak dapat dibayangkan macam mana lah keadaan budak tu, dah tentu takut, cemas, terpinga - pinga budak tu duduk sorang-sorang. Dan yang paling sedih bila anak ini ditinggalkan dalam keadaan bogel, tanpa makanan lagi :( Tak berperikemanusiaan langsung !! 


Pada sesiapa yang tak tahu pasal kisah ni, meh cikla kongsikan sikit secara ringkas.... 


"Kejadian berlaku di Negeri Sembilan di mana seorang ibu tergamak meninggalkan seorang anak berusia 3 tahun seorang diri di sebuah rumah dalam keadaan tak terurus kerana balik kampung 'menguruskan' anaknya yang lain... Budak tu dikatakan anak luar nikah hasil hubungan si ibu dengan seorang lelaki warga Indonesia. Selain dari budak tu, ibunya ada 3 orang anak lain dengan arwah suaminya... Dan ibunya sudah berkahwin lain, suami barunya pun tak tau tentang 'kewujudan' anaknya itu...."
Bayangkanlah, selama 3 tahun dia 'menyembunyikan' anaknya dari pengetahuan masyarakat dan keluarga. Selama itulah, budak tu terseksa... Allah.... kesian sungguh. Dimanalah agaknya letaknya hati nurani dan sikap perikemanusiaan manusia sekarang ni kan?

Kalau ye pun ko tak nak bela budak tu, bagilah kat keluarga yang teringin sangat nak anak. Paling tak pun, hantar kat pusat kebajikan... Sekurang-kurangnya takdelah budak tu terbiar macam tu. Mujurlah tak mati budak tu... tak pasal-pasal disabit hukuman membunuh... Tapi ko jangan ingat apa yang ko buat ni ko boleh lepas... Ko tunggulah nasib ko di atas sana nanti !

Pada pendapat sis, walau apapun alasan si ibu, memang tak patut si ibu buat macam tu kat anaknya. Kalau ada masalah pun, boleh bawak berbincang apa, bukannya biarkan anak macam tu. Si ibu sorokkan macam manapun, akhirnya mesti orang tau jugak.... Itu belum lagi dosa berzina sampai lahirkan anak luar nikah, dosa 'mendera' anak lagi.... Nauzubillah...
Semoga kisah ni menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang lain..... ingat.. walau apapun status anak, anak adalah anugerah dan amanah... 

Jadi di sini, sis nak selitkan sedikit tentang hak seorang anak ...... 

hak-haknya 

Diantaranya: 

1. Seorang anak berhak mendapat kehidupan 

2. Seorang anak berhak mendapatkan nama dan kewarganegaraan 

3. Tidak seorang pun bisa mengubah dengan seenaknya identitas kewarganegaraan anak 

4. Memiliki hak berkarya, berpendapat dan berkumpul

5. Berhak berpikir, berhati nurani, dan beragama

6. Berhak mendapat dan mengetahui informasi yang bermanfaat

7. Kehidupan pribadi harus dilindungi dari campur tangan semena-mena dan berbagai serangan

8. Berhak Mendapat perlindungan dari tindakan kekerasan dan perlakuan yang seenaknya

9. Berhak diasuh oleh orang tua denga penuh kasih sayang dalam keluarga bahagia sampai dewasa

10. Apabila orang tua tidak mampu, mereka harus dibantu agar anak terhindar dari bahaya 

11. Apabila orang tua mengancam kelangsungan hidupnya, maka seorang anak berhak dicarikan orang tua asuh yang bisa menjaga dan memelihara atau diangkat anak secara hukum dengan kepentingan terbaik sebagai pertimbangan utama.

12. Apabila sakit, seorang anak berhak mendapatkan pelayanan kesehatan dengan baik agar sehat

13. Memerlukan gizi, pakaian, dan tempat tinggal 

14. Berhak mendapatkan pendidikan dan perawatan khusus 

15. Berhak mendapatkan rekreasi dan mengikuti kegiatan budaya  

16. Manakala terlibat kejahatan, hukumlah sejauh tidak melanggar hak-hak yang aku lindumgi

17. Berhak mendapat perlindungan dan bantuan kemanusiaan apabila terjadi bencana

18. Berhak dilindungi dari kekerasan seksual dan narkoba

19. Mendapatkan perlindungan dari penculikan, penjualan dan perdagangan anak 

Harap harap setiap anak - anak akan mendpat perlindungan yang sewajarnya .....

Saturday, 7 January 2017

Viral ohhhh Viral .......

Hai Assalam semua :) 

Malam nii sis rasa nak update blog sebab tengah tengok tengok Facebook lepastu terfikir pulak pasal kuasa Viral .... Kuasa Viral ni jangan buat main ... memang kuasa VETO zaman sekarang tau ! Tapi kan .... salah ke kalau seseorang tu viralkan sesuatu itu sesuka hati ?? ada undang undang ke ?? ke kita boleh buat sesuka hati .... hmmm sesuatu untuk kita kupaskan ni ... meh sis nak update sikit pasal cerita hot niii yang pasal sekumpulan remaja panjat papan tanda IPOH yang tinggi gila dan membahayakan nyawa tuu .... Mak aihhh berani sungguh depa ni kan .... sis mmg gayat bakkk hang ... naik eskeletor shopping mall tuu pun dah gayat tau ... kesiannya sis ..... jom kita baca pasal kes ni :DD  

                                                   
 


 

 

  
haaaa ..... ni lah remaja yang berani mati tuuu ... gila kan ? yang sampai orang boleh tahu dan jadi kes viral tuu sebab depa dok post dalam Facebook dan Instagram .... nii ada sedikit sharing yang sis dapat dari Encikk Google pasal undang undang vira ni .... silah lah baca ok ! 

 PENGGUNAAN media sosial pada abad ini bukanlah sesuatu perkara baharu. Tidak kira peringkat umur, bangsa dan sama ada di bandar mahu pun luar bandar, umumnya seorang individu pasti memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial. Facebook, Instagram atau Twitter - semua ini bukan lagi alien, malah seseorang individu akan berasa ketinggalan sekiranya tidak mem­punyai akaun media sosial. 

Pada kali ini, penulis ingin berbincang berkenaan penyebaran atau perkongsian cerita, berita, video grafik dan gambar menerusi media sosial atau istilah popularnya ‘viral’. Sepertimana yang pembaca sedia maklum, viral adalah ke­san ledakan maklumat tanpa sempadan dan had, hasil sampingan perkembangan teknologi komunikasi pada abad ini. Bagi penulis, ledakan teknologi maklumat dan media baharu pada masa ini sudah menjadi trend yang perlu dite­rima dan sukar untuk dibendung. Oleh itu, ia perlu di­tangani dengan baik. Penyebaran maklumat melalui media sosial terutamanya perkongsian menerusi laman blog, Facebook, Twitter, ataupun Instagram memudahkan sesuatu perkara menjadi sangat popular dan diketahui dengan pantas. Malah, maklumat tersebut juga boleh diakses oleh mana-mana individu di seluruh pelosok dunia.

Oleh itu, setiap individu perlu bertanggungjawab setiap kali mahu memuat turun maklumat untuk dikongsi dalam media sosial. Ini untuk menghindarkan maklumat fitnah atau rekaan dari dikongsi. Dalam era ledakan maklumat, media sosial sering dijadikan medium penyebar fitnah dan maklumat palsu pihak tertentu. Tindakan yang mempu­nyai agenda tersendiri ini, boleh mengganggu ketenteraman awam dan mencetuskan keresahan rakyat. Anehnya, tanpa usul periksa sama ada maklumat yang disebarkan itu benar atau tidak, masyarakat akan terus menyebarkannya.
Namun, ramai yang tidak peka atau pun tidak tahu bahawa mereka sebenarnya mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang disebabkan menyebarkan sesuatu maklumat tanpa pengesahan kebenaran dan kesahihannya. Di Malaysia, terdapat peruntukan undang-undang untuk tindakan fitnah sama ada sivil mahu pun jenayah. 

Peruntukan undang-undang sivil adalah seperti mana yang digubal di dalam Akta Fitnah 1957, manakala undang-undang jenayah pula termaktub di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan 1997 (Akta 574). Seksyen 500 akta yang sama memperuntukkan sekiranya disabitkan kesalahan, hukum­an bagi tindakan fitnah itu adalah penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Sebagai contoh, dalam kes Mohd. Desa Ahmad & Satu Lagi lwn. Hazudin Hashim & Yang Lain (2015) 5 LNS 85, kausa tindakan fitnah yang difailkan terhadap defendan-defendan adalah berhubung dengan penerbitan gambar sitaan premis plaintif-plaintif dalam halaman Facebook Majlis Perbandaran Jasin yang memaparkan gambar plaintif kedua yang sedang mendukung anak di bawah tajuk “Operasi sita di Taman Seri Asahan, Jasin.” 

Berita premis tersebut disita oleh defendan pertama telah tersebar luas dan menjadi viral kerana laman Facebook boleh diakses oleh orang awam. Walau bagaimanapun dalam kes ini, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan defendan-defendan untuk mengetepikan writ dan membatalkan tuntutan plaintif-plaintif kerana kegagalan plaintif-plaintif untuk menamakan pegawai atau pekerja defendan-defendan yang telah memuat naik gambar premis mereka di halaman Facebook tersebut.

Berdasarkan kes di atas, walaupun tuntutan plaintif-plaintif tidak dibenarkan atas alasan teknikal undang-undang, apa yang ingin disampaikan oleh penulis adalah, risiko untuk anda disaman disebabkan sesuatu maklumat yang diviralkan sememangnya ada.

Perlu diingatkan bahawa setiap individu yang menyebarkan sesuatu maklumat viral terdedah kepada tindakan undang-undang. Tidak kira anda orang yang pertama menyebarkan maklumat itu atau seterusnya. Plaintif boleh memilih mana-mana individu untuk dinamakan sebagai defendan. Tidak semestinya plaintif menamakan semua orang yang terlibat sebagai defendan. Sebagai contoh, terdapat 500 orang yang menyebarkan fitnah tersebut, plaintif boleh memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hanya penyebar ke-10 hingga 100 atau hanya penyebar yang pertama. Hak untuk menyaman adalah terletak kepada plaintif, tetapi dari sudut undang-undang, semua individu yang terlibat dalam penyebaran itu adalah liable untuk tindakan fitnah tersebut. 

Prinsip ini dinyatakan dengan jelas dalam kes Lim Guan Eng lwn. Ruslan Kassim & Yang Lain (2015) 1 LNS 1014, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut:-

“71. Saya perlu menyentuh mengenai tanggungan defendan kedua dan defendan ketiga. Defendan pertama adalah penulis atau eksibit P1 dan dengan jelas bertanggungan bagi perkataan-perkataan yang diadukan, berkaitan defendan kedua dan defendan ketiga, dalam Evans on Defamation In Singapore and Malaysia, 3rd Edition di muka surat 69 hingga 70 dinyatakan:-

“The originator of the defamatory words is liable for the defamation. However each person who participated in, authorized or approved of the original publication is also liable under separate cause of action. For example, a journalist may have written the article containing the defamatory words, but the editor who approved it, the owner of the newspaper in which the article was published and the printers who printed it can all be sued by the plaintiff.” 

Berdasarkan kes di atas, adalah jelas secara umumnya, setiap individu yang terlibat dalam penerbitan fitnah tersebut adalah liable di bawah kausa tindakan yang berbeza.

Kesimpulannya, kita tidak seharusnya menyebarkan sesuatu cerita atau maklumat jika kesahihannya belum diketahui. Seringkali berlaku ketidakadilan pada individu yang menjadi mangsa keadaan yang mana kesan penyebaran maklumat awal lebih mempengaruhi minda pembaca. Walaupun disebarkan maklumat terkemudian atau ralat yang bertujuan untuk menjernihkan situasi, namun sukar untuk memperbetulkan persepsi masyarakat umum terhadap seseorang.
Kesan ledakan maklumat serta faktor globalisasi, sebaran maklumat secara viral adalah sebahagian asam garam kehidupan masyarakat pada abad ke-21. Maka, kita mestilah menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, berintegriti serta beramanah untuk mengelak berlaku salah faham terhadap sesuatu maklumat yang dikongsi sehingga mengakibatkan pencerobohan hak peribadi seseorang. 

Sebagai rakyat berilmu, beragama dan berfikiran terbuka, kita seharusnya menghentikan sesuatu berita atau perkara viral, jika sudah ditokok tambah dengan maklumat yang tidak betul. Renungkanlah. 

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/viral-media-sosial-dari-segi-undang-undang-1.394708#sthash.xbpti0r2.dpuf 

Bila dah jadi viral dan isu pun dah besar nasib baik para remaja ini dah minta maaf pada pihak tertentu ..... tuu laa sebalum buat sesuatu tuuu  ... fikir sama ada benda yang kita nak buat tu mendatangkan kebaikan, keburukan atau boleh memalukan keluarga ..... apa apa pun "Nasi Dah Jadi Bubur kan" ambikk pengajaran dan jadikan tauladan ye anak - anak sekalian ..... 

                                                                       


Hehehehe ... lepastu ada satu artis nii komen pasal tindakan remaja yang panjat Ipoh nii ... apa komen dia ? haaa ni sis copy paste .... 

Baiklah banyak sangat org komen pasal benda ni.. apa pun aku nak cakap nak terima terima kalau tak nak terima suka hati ampa rahh.. buat geng kapak ini, anda berani dan anda berhak atas diri dan nyawa anda.. seperti otai otai russia dan usa yg suka panjat banggunan tinggi.. tetapi kesalahan mereka tak berat mana pun cuma kalau tergolek baru lah kacau org, bomba lah polis lah ambulan lah rumah mayat full lah.. Baik, nasihat aku kat sini, lain kali kalau nak panjat, panjat ja!!! Takpayah tunjuk kat org, sebab ni lah jadinya, pemikiran org kita tak sama, yang buruk didahulukan, yg baik dikemudiankan.. mencari keseronakan dan passion tak salah, asal pandai makan pandai berak.. budak moto suka bawak laju whelee tujuh lapan tiang, tapi tak up video bagi viral, sebab nanti kena serah diri.. apa pun, bayar ja saman tu kalau depa suruh bermalam satu dua malam dalam lokap, iyakan aja.. anda bukan bunuh org bukan makan rasuah bukan tibai duit org, anda mencari keseronokan dan anda tiada salahnya.. so itu jelah, jangan patah semangat dan putus minat anda, tiada sapa boleh jadi hakim anda kecuali diri sendiri dan yg maha kuasa Allah SWT…happy new year ✌️😎 

- Daripada apa yang dikomen, satu je sis nakk cakap ..... sis tidak bersetujulah sebabnya ..... selagi ada jalan atau pilihan untuk kehidupan yang selamat dan harmoni ... kenapa kita memilih untuk pertaruhkan nyawa untuk sesuatu yang tiada manfaat kan ? kalau betul nakkk pertaruhkan nyawa eloklah pergi membantu mereka yang memerlukan ... bekorban dan berjihad nyawa untuk sesuatu yang lebih manfaat ... pahala pun dapat .... berani tuu ada tempatnya ... sekian saje komen dari sis comel ... hihihihih :DD



Wednesday, 4 January 2017

Apakah Burkini ? Apa haknya ?




Haiii Assalam .... lama rasanya takk update Blog disebabkan busy final exam kan ... well paper sem ni mmg berderet dan buatkan sis agak pecah kepala jugak laa :( tahu takk paper start daripada 27/12,28,29,30 kemudian jeng ... jeng ... jeng ... 12/1 :DD yang last paper tuu pulakk jauh naa gapnya... sekarang ni sis tengah "LAST PAPER SYNDROM" (LPS) huk ...huk...huk... dia mcm malas malas nakk study gituuu ... aduhhhh ! 

ok ... so harini disebabkan sis teringin nakk swimming, sis ada terpikir pasal baju mandi perempuan ... yelah lagi lagi yang menutup aurat kan .... mcm mna lah yee ? kat Malaysia ok jee ada yang sexy ada yang menutup aurat tapi ... kat luar negara macam mana ye ? Korang jangan konpius tau antara BIKINI dan BURKINI .... wuishhh jauh bezanyaaa :DD HAHAHHA ! OK BIKINI tuuu yang sexyyyy yangg tutup atas dan bawah je ... biasanya omputih laa yang pakai . Tapi BURKINI adalah yang menutup aurat yang akan nampak muka dan tapak tangan sahajo .... sis kalau swimming pakai mcm tuu lahh ... japp sis nakk tunjuk gambo ... hehehehe supaya takk konpius gituh !   




                                                          
                                                       haaaa niii bikini .... heehheh sexyyy !

                                         

                                            Haaaa niii Burkini ... muslimahhh gitu kan :DD

SOOOOO apa isunya ? nii nakk habaq mai .....

‘Burkini’ adalah sejenis pakaian renang yang menutup keseluruhan badan pemakai kecuali muka, tangan dan kaki. Rekaan burkini ini bertujuan untuk menepati keperluan seseorang wanita Muslim yang inginkan pakaian yang ringan untuk berenang, tetapi pada masa sama mempunyai ciri-ciri busana Islamik.

Kontroversi tentang larangan ke atas pemakaian burkini ini tercetus apabila bandar Cannes, sebuah bandar yang terletak di Perancis, mengharamkan pemakaian burkini atas alasan kononnya terdapat hubung kait di antara pakaian tersebut dan ‘ekstremisme’. Pengharaman burkini ini kemudian dikenakan pula di bandar-bandar lain.

Ramai wanita yang memakai burkini telah dikenakan denda. Kononnya, mereka tidak ‘menghormati moral dan sekularisme’ yang menjadi tonggak negara Perancis. Datuk Bandar Nice mendakwa bahawa memakai burkini itu suatu langkah ‘provokasi yang tidak dapat diterima’.  Ada wanita yang dipaksa membuka burkini mereka di khalayak ramai dan larangan ini ada juga dipanjangkan kepada pakaian-pakaian lain yang dikenal pasti sebagai busana Muslim.

Pengharaman burkini ini dikritik oleh banyak pihak. Dakwaan bahawa kononnya burkini ada hubungan dengan ekstremisme, merupakan provokasi melampau dan bertentangan dengan prinsip sekularisme Perancis langsung tidak mempunyai asas. Lebih penting lagi, pengharaman burkini ini merupakan suatu pelanggaran hak asasi manusia, wanita-wanita yang ingin memakai pakaian tersebut. 

Memang tidak dinafikan bahawa dari segi undang-undang, larangan tersebut adalah dalam bidang kuasa mereka yang mengenakan larangan. Dari aspek itu, boleh dihujahkan sah di sisi undang-undang.

Namun demikian, hak asasi manusia sewajarnya melangkaui undang-undang. Hak-hak asasi seseorang manusia itu tidak boleh dinafikan walaupun dengan undang-undang. Hak asasi manusia termaktub dan terjamin ke atas semua manusia, tidak kira di mana. Ia memastikan kehendak majoriti tidak mencabuli hak-hak minoriti, walaupun dibenarkan oleh undang-undang.

Pemakai burkini mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan bersuara, iaitu dengan memakai pakaian yang mereka mahukan. Mereka juga mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka, jika mereka memakai burkini atas sebab agama. Ini hak asasi mereka sebagai manusia dan ia wajar dilindungi. 

Samalah juga di Malaysia. Jika ada majlis perbandaran yang mahu menentukan apa yang boleh dipakai, apa yang dikira sebagai ‘sopan’ dan mengenakan denda kepada mereka yang tidak mengikut peraturan pemakaian, mereka harus diukur dengan prinsip yang sama.

Jika kita marah melihat apa yang berlaku di Perancis dan juga larangan membina menara masjid di Switzerland, cadangan Donald Trump untuk mengharamkan orang Islam dan tindakan tentera Israel ke atas warga Palestin, kita juga mesti peka dengan apa di dalam negara kita sendiri.
Namun demikian, ‘hak asasi’ mempunyai stigma yang cukup besar di negara ini. Apabila berkata tentang ‘hak asasi’, ia sering dilabel sebagai sesuatu yang ‘liberal’ dan dikaitkan dengan kebebasan untuk murtad, kebebasan komuniti LBGT dan pluralisme agama, contohnya.

Hujah-hujah yang sama kita guna untuk membenarkan pencabulan hak asasi di negara kita, contohnya ‘tidak sesuai dengan budaya’, ‘bertentangan dengan ciri-ciri majoriti’ dan sebagainya, juga digunakan ke atas wanita Muslim oleh negara-negara lain.

Pengharaman burkini di pekan Villeneuve-Loubet di Perancis telah dicabar atas dasar hak asasi manusia. Mahkamah pentadbiran tertinggi di Perancis telah menggantung pengharaman tersebut. Tetapi, keputusan terakhir sama ada larangan burkini ini melanggar hak asasi manusia masih belum diputuskan lagi. Sekiranya mahkamah mendapati bahawa pengharaman burkini ini bertentangan dengan hak asasi manusia, ia boleh diketepikan.

Adalah diharapkan, mahkamah di Perancis akan mendukung hak asasi manusia wanita Muslim di sana. 

                                            



Well, my comment is ..... sebenarnya takk salah pun pemakaian sebegini. Mereka saje je nak cetuskan isu sebab mereka masih memegang pada "MUSLIM IS A TERRORIST" dan mereka bergabung dengan kuasa kuasa besar ..... apa apa pun, harapnya ada pembelaan terhadap isu ini. Kenapa di Malaysia, kita boleh menerima budaya mereka memakai bikini di swimming pool ? contohnya masa sis pergi SUNWAY LAGOON mmg majoroti pun memakai bikini, Melayu pun ada je yang pakai dan tak nak kalah .... Jadi, sis harap semoga hak asasi wanita ini ada pembelaannya :( 


                                                 
 Kan elok je pakai yg BURKINI  tuu .... sopan dan cantik ... satu lagi untuk keselamatan kan ... kalau pakai bikini terdadeah sana sini nanti kalau digigit oleh ikan ke, terkena batu karang ke diserang BUAYA DARAT KE ... kan dah susah .... kalau pakai macam nii at least ada jugak pelindungannya . 
ISH ..... ISH .... ISH ..... ( geleng kepala sis )


                                                             

Thursday, 22 December 2016

Palestine Will Be Free

Haii Assalam, lamanyaaa takk update blog .. ni sambil - sambil tengah buat quiz pasal Hak Asasi Manusia sooo buka laaa internet nakk update pasal satu lagu ni berkenaan palestine . Penyanyi dia Maher Zain :) sooo dengarkan dan hayati liriknyaaa .....



Lirik Lagu :-

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free [x2]

[35s instrumental break]

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt that 
Palestine tomorrow will be free [x2]

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Takin away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life??
And all those other lies???
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive
Ooooooh ... Yeaaah
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
Cuz no matter what they do
They can never hurt you
Cuz your soul will always be FREE

Palestine tomorrow will be free [x2] 


Lagu ini menerangkan bahawa ibarat hak manusia telah mati. Kononnya negara barat yang menjadi pejuang hak kemanusiaan dunia berlaku double standard dalam isu Palestine dengan mendiamkan diri hanya untuk menjaga kepentingan Israel. Lagu ini adalah menunjukkan satu harapan bahawa Palestine akan bebas suatu hari. Sama2lah kita harapkan perkara yang sama. 

Amin ya robbal alamin.

Thursday, 17 November 2016

ORANG ASAL @ ORANG ASLI .

Haiii Gaiss ... ASSALAM :)
we meet againnn yaaaa !welll .... well .... hari ni nak buat sedikit sharing tentang orang asal atau lebih dikenali sebagai orang asli .... kenapa tetiba sis nank buat cerita ni ?? haa sebab kuliah sis pada 16 Nov ada sentuh pasal isu nii ..... sis tgah relax relax sambil minum green tea dan main wassep tetiba mood rajin dtg dia suruh update blog :DD hehehehe sooo sebelum kemalasan melanda, lebih elok lah jika sis memulakan penulisan hebat sis tentang org asal @ org asli nii ... at least dapat tambah pengetahuan kan and otak pun berfungsi dan bersambung ... takdelah sel otak dan neuron sis mati :P hahahahah ..... ok so harini kita akan cover beberapa isu ye anak anak sekalian ... pinjam mata dan hati and untuk membaca dan menghayati penulisan dari sis yang hebat ini :DD

copp ... sebelum tuu tahu takk apa org asal @ orang asli nii ??

haaaa ... ni jawapan dia :-

Perkataan Orang Asli adalah perkataan dalam Bahasa Melayu yang dirujuk kepada “orang asal” iaitu manusia yang mula-mula mendiami negara ini. Perkataan asli berasal daripada perkataan Arab iaitu asliyyin yang membawa maksud asal.

Menurut undang-undang Malaysia Akta 134, dalam Akta Orang Asli 1954 semakan 1974, terdapat beberapa definisi Orang Asli. Antaranya:

Mana-mana individu yang mana bapanya ialah seorang ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup, adat dan kepercayaan Orang Asli, termasuklah individu yang berketurunan melalui orang itu. Selain itu, ia didefinisikan juga sebagai mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa kanak-kanak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan Orang Asli ialah salah seorang ahli daripada masyarakat Orang Asli.

Seseorang itu disebut juga sebagai Orang Asli apabila anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan Orang Asli adalah seorang daripada ahli masyarakat Orang Asli. Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.

Panggilan Orang Asli sebenarnya digunakan bagi menggantikan nama-nama biasa yang digunakan oleh masyarakat lain seperti Orang Sakai, Darat, Pangan dan lai-lain lagi. Perubahan ini untuk mengelak dari rasa tersinggung dari kalangan Orang Asli yang mana ia tidak beretika dan tidak faham tentang norma sosial masyarakat lain dan mempunyai makna yang tidak baik, sekaligus tidak disukai oleh Orang Asli sendiri.  






ok seterusnya ....apakah hak hak orang asli ??? 


Sejak penubuhannya pada tahun 1999, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) telah berhadapan dengan pelbagai aduan daripada Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia dan Anak Negeri di Sabah dan Sarawak, atau secara berkumpulan lebih dikenali sebagai Orang Asal (Indigenous Peoples) Malaysia berkaitan hak asasi mereka, secara spesifik, dakwaan mengenai pencabulan hak-hak tanah adat masyarakat Orang Asal.
SUHAKAM berpendapat bahawa isu tanah yang berterusan dan sistemik yang mempengaruhi Orang Asli/Asal dalam negara ini dapat dikendalikan dengan cara terbaik melalui satu pendekatan yang komprehensif dan mendalam dengan tujuan untuk memahami dengan lebih baik lagi mengenai isu tanah dan cara terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi kepentingan untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia komuniti Orang Asli/Asal di negara ini. Sehubungan dengan ini, SUHAKAM telah menjalankan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia pada julung kali untuk meneliti punca utama isu tanah yang dihadapi oleh Orang Asli/Asal dari sudut hak asasi manusia. Inkuiri Nasional yang dijalankan dari Disember 2010 hingga Jun 2012 ini melibatkan beberapa siri pendengaran awam di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Hasil dapatan kajian ini telah dikumpulkan dalam sebuah laporan komprehensif yang bertajuk “Laporan Mengenai Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia” (Laporan Inkuiri Nasional) yang mengandungi isu dan syor utama untuk pertimbangan dan tindakan susulan pihak Kerajaan. Berikutan pengumuman umum Laporan Inkuiri Nasional pada 5 Ogos 2013, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji secara teliti laporan tersebut.
Suruhanjaya menyambut baik penubuhan Pasukan Petugas Khas oleh Kerajaan untuk mengkaji hasil dapatan dan syor Laporan Inkuiri Nasional. Suruhanjaya berharap Pasukan Petugas Khas ini akan menyiapkan laporannya dalam masa terdekat dan memastikan pelaksanaan awal dan efektif ke ke atas syor-syor yang dikemukakan dalam Laporan NI Suruhanjaya.
Sebagai pelan susulan, SUHAKAM merancang untuk mengadakan taklimat bersama pelbagai pihak berkepentingan berhubungan laporan Petugas Khas di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 
Sekiranya nakk maklumat yang lebih details, pembaca semua boleh lahh ke : http://www.suhakam.org.my/ms/national-inquiry/     
Isu Isu berkaitan dengan hak orang asli dicabul :- 


http://www.malaysiakini.com/news/125937

(laman web ini adalah berita tentang hak asasi orang asli dicabul, untuk membacanya sila click) 










Jadi di sini sis nakk tekankan .......... kita haruslah saling menghormati hak - hak yang ada terhadap sesebuah kaum sam ada minoriti atau majority .... sekiranya hak kita juga dicabul atau diambil pasti kita marah kan ? begitu jugak dengan ornag lain :)
haaaaa .... ni lah sedikit sebanyak yang sis catat masa prof sis ajar :DD Moga bermanfaat yaaa !

Wednesday, 16 November 2016

Hak Hak Berhimpun & perhimpunan ...... baca jangan takk baca yaaa :D

Haiii Assalam semua ....
Harini sis dapat idea untuk menulis tentang sesuatu yang hangatt dan hott di pasaran gituuhh ... dan ianya sering berlaku di negara kita sendiri iaitu di Malaysia ... dan baru baru ini isu ni terjadi lagii .... hmmm salah ke untuk kita melakukan perhimpunan ?? haaaaa meh sini sis nakk brainwash dan nak kupas dgan lebih mendalam lagi tentang isu hangat niii .....  pinjam mata anda kejap untuk baca penulisan hebat sis nii ( hihihhi berangan ni nak jadi penulis bertauliah :P ) kuii kuii kuii ... ehh bebel pulakk sis nii .... jom kita sama sama baca hokayyy !

Sedikit Pengenalan tentang perhimpunan :-

Hak untuk berhimpun merupakan salah satu daripada hak asasi manusia dan telah termaktub dalam perlembagaan.Semua warganegara Malaysia diberi kebebasan untuk berhimpun.Tajuk ini merangkumi kepentingan dan kesan mengadakan sesebuah perhimpunan serta membincangkan akta perhimpunan yang diguna pakai sebagai garis panduan bagi masyarakat atau rakyat di Malaysia bagi menganjur atau menyertai perhimpunan.  

Antara Hak untuk Berhimpun dalam perlembagaan :-  

Hak atau kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PERKARA 10) iaitu peruntukan kebebasan kepada semua warganegara Malaysia. 




TETAPI .......... parlimen boleh mengenakan tindakan atau sekatan sekiranya ......


  1. Menjaga keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagian persekutuan dengan negeri-negeri lain untuk ketenteraman awam.
  2. Melindungi keistimewaan Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
  3. Mengelakkan penghinaan dan fitnah terhadap mahkamah dan perbuatan yang boleh menimbulkan penentangan terhadap kerajaan.
  4. Menjaga hubungan baik dengan negara - negara lain.
  5. Sekiranya bercanggah dengan prinsip moral sejagat. 

Di parlimen telah berlaku pindaan dengan mewujudkan Akta (pindaan) Perlembagaan 1971,Akta 30 yang berkuatkuasa 10 MAC 1971 yang menjadikannya suatu hasutan atau jenayah kepada sesiapa yang mewmpersoal isu sensitif. 


Seterusnya .... Apakah kepentingan atau manfaat yang kita dapat dengan melakukan perhimpunan nii ?? 


1) Menyuarakan hak sesuatu bangsa atau masyarakat.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai adat dan tradisi kerana terdapat masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.Oleh itu,perhimpunan boleh dijadikan sebagai tapak untuk bersuara. Contohnya, masyarakat Islam mementingkan makanan HALAL untuk memenuhi tuntutan. Banyak isu yang boleh kita lihat dari aspek ini seperti isu Mcdonals yang menggunakan bahan - bahan yang tidak halal, Starbucks dan baru baru ini isu hot dog Auntie Anne's. 






2) Mewujudkan masyarakat yang produktif.

Masyarakat yang berkualiti akan sentiasa peka mengenai sesebuh isu yang terjadi.Melalui perhimpunan,masyarakat boleh bersuara seperti Perhimpunan Aman pro-Palestin yang diadakan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos 2014 iaitu bagi menyuarakan kekejaman askar Israel yang menyerang penduduk Palestin tanpa henti yang bermula pada awal Ramadhan 2014. Secara tidak langsung,perhimpunan ini menjadikan masyarakat saling berganding bahu antara satu sama lain untuk mempertahankan dan membuat bantahan terhadap apa yang mereka rasakan salah.  



 

  

* Kalau takk silap sis, antara artis yang kuat menyokong gerakan ini adalah Heliza Helmi dan juga Afdlin Shauki. Beberapa kali juga setiap kali Ramadhan memang Heliza Hilmi akan turun padang untuk melakukan persembahan amal untuk meminta derma dan dana bagi Palestin :) sis ada berjumpa dengan Heliza Helmi masa di PKNS Bangi. Kalau Afdlin lebih kepada jualan charity dan media massa :)  
 
                                                     sis bersama HELIZA HELMI :))))


3) Hak mendapat maklumat dan kebenaran

Melalui suara rakyat yang ingin mengetahui perkembangan mengenai status mengenai isu hangat seperti harga minyak atau rasuah yang sering dimainkan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan harus dinyatakan dengan teliti untuk memudahkan rakyat menerima atau menolak kenyataan tersebut. Hal ini demikian kerana rakyat juga berhak mengetahui apa di sebalik sesebuah pentadbiran negara. 



 

Jadi .... ini adalah sedikit sebanyakkk apa yang sis dapat kongsikan dgan deme ok ! kesimpulannya .... untuk melakukan perhimpunan itu tidak salah, memang kita ada hak tapi still kene ingat dan kene ada batas batas yang kita kene jaga ... antara sebabnya adalah untuk menjaga kemakmuran dan keamanan negara .... hehhehhehe .... Moga bermanfaat yaaa semua . baiiiibaiiiii