ini adalah berita daripada surat khabar Sinar Harian tentang pekerja yang didera :( -
JOHOR BAHRU - Polis percaya majikan yang disyaki memukul seorang pekerjanya sehingga cedera di beberapa bahagian badan telah melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Jokhiri Abd Aziz berkata, polis mempunyai petunjuk positif dalam usaha mengesan suspek yang bertindak melarikan diri bersama isterinya dipercayai sejak Selasa lalu.
"Bagaimanapun polis percaya, suspek akan dapat ditahan dalam masa terdekat.
"Polis giat memburu suspek terlibat...setakat ini ada perkembangan positif. Tunggu masa untuk ditahan," katanya.
Sinar Harian kelmarin melaporkan seorang jurujual berusia 21 tahun cedera di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dipukul, disepak dan dirotan majikannya.
Penderitaan lelaki itu dipercayai terbongkar apabila kakak mangsa terserempak dengan adiknya dalam keadaan tidak terurus dan ada kesan kecederaan di badan di hadapan sebuah bank di Taman Perling pada Ahad lalu.
Bimbang akan keselamatannya, keluarga mangsa telah ke tempat tinggal lelaki tersebut di Taman Johor Jaya dan berjaya menemui mangsa dan satu laporan telah dibuat.

Jadi ini adalah antar hak - hak pekerja yang telah saya dapati :-
Bahagian XII Akta Kerja 1955 memperuntukkan tentang hak pekerja di Malaysia. Hak-hak tersebut ialah hari rehat, tempoh kerja cuti umum dan lain-lain. Namun ia juga tidak menghalang majikan dan pekerja daripada menetapkan sebarang syarat atau terma yang agak berbeza asalkan ia tidak merugikan pekerja atau bertentangan dengan peruntukan Akta Kerja 1955.
Perlu ditekankan segala peruntukan Bahagian XII ini hanya terpakai kepada pekerja yang dilindungi oleh akta ini, iaitu seperti yang disebutkan dalam jadual pertama atau seksyen 2(3) atau 2A akta berkenaan. Bagi pekerja yang tidak dilindungi oleh akta ini, syarat seperti yang dinyatakan di bawah adalah bergantung pada terma perjanjian yang dimasuki dengan majikan.
1. Hari rehat. Menurut akta ini, setiap pekerja hendaklah dalam setiap satu minggu, dibenarkan satu hari rehat sepenuhnya.
2. Tempoh kerja. Akta kerja menetapkan jumlah maksimum bagi seseorang pekerja itu bekerja. Pekerja tidak dibenarkan bekerja:
i) lebih daripada 5 jam berterusan tanpa rehat;
ii) lebih daripada 8 jam sehari;
iii) lebih daripada 10 jam sehari bagi tempoh yang terputus-putus;
iv) lebih daripada 48 jam seminggu.
i) lebih daripada 5 jam berterusan tanpa rehat;
ii) lebih daripada 8 jam sehari;
iii) lebih daripada 10 jam sehari bagi tempoh yang terputus-putus;
iv) lebih daripada 48 jam seminggu.
3. Kerja lebih masa. Majikan adalah dilarang membenarkan seseorang pekerja itu bekerja lebih masa melebihi 64 jam dalam satu bulan. Kadar bayaran kerja lebih masa bagi kerja yang dilakukan pada hari biasa bekerja adalah tidak kurang daripada satu setengah kali ganda pada kadar bayaran setiap jam. Walau bagaimanapun, kadar bayaran bagi kerja lebih masa pada hari biasa bekerja, hari rehat dan cuti umum adalah berbeza. Ia adalah hak pekerja di Malaysia.
4. Cuti umum. Akta kerja menetapkan sepuluh hari cuti umum bergaji iaitu 4 hari cuti umum ditetapkan oleh akta dan selebihnya ditetapkan oleh majikan. Empat hari cuti umum ialah cuti bagi:
i) Hari Kebangsaan;
ii) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; Hari Keputeraan Sultan/Raja atau Yang di-Pertuan Besar di negeri di tempat pekerja bekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya di negeri tersebut;
iii) Hari Wilayah Persekutuan;
iv) Hari Pekerja.

5. Cuti tahunan. Setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan. Jangka masa cuti tahunan tidaklah tetap dan berubah mengikut jangka masa perkhidmatan seseorang pekerja itu berkhidmat dengan majikannya. Seperti berikut:
i) 8 hari jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2 tahun;
ii) 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya adalah di antara 2 hingga 5 tahun;
iii) 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun.

6. Cuti sakit. Pekerja yang sakit tidak dikehendaki untuk bekerja. Pekerja tersebut mesti mengesahkan bahawa dia sakit. Perbelanjaan rawatan atau pemeriksaan doktor adalah ditanggung oleh majikan. Dalam setahun, pekerja berhak mendapat 12 hingga 20 hari cuti sakit bergaji bergantung pada jangka masa perkhidmatan.
Hak pekerja di Malaysia yang dinyatakan di atas adalah betul semasa artikel ini ditulis. Tetapi ia tertakluk kepada pindaan yang terdapat pada Akta Kerja 1955 yang mungkin berlaku. Moga ia memberi sedikit infomasi kepada bakal graduan di negara ini.
Assalamualaikum..Nak tanye sikit....tarikh dlm keratan akhbar tu bile ye???
ReplyDelete