Thursday, 17 November 2016

ORANG ASAL @ ORANG ASLI .

Haiii Gaiss ... ASSALAM :)
we meet againnn yaaaa !welll .... well .... hari ni nak buat sedikit sharing tentang orang asal atau lebih dikenali sebagai orang asli .... kenapa tetiba sis nank buat cerita ni ?? haa sebab kuliah sis pada 16 Nov ada sentuh pasal isu nii ..... sis tgah relax relax sambil minum green tea dan main wassep tetiba mood rajin dtg dia suruh update blog :DD hehehehe sooo sebelum kemalasan melanda, lebih elok lah jika sis memulakan penulisan hebat sis tentang org asal @ org asli nii ... at least dapat tambah pengetahuan kan and otak pun berfungsi dan bersambung ... takdelah sel otak dan neuron sis mati :P hahahahah ..... ok so harini kita akan cover beberapa isu ye anak anak sekalian ... pinjam mata dan hati and untuk membaca dan menghayati penulisan dari sis yang hebat ini :DD

copp ... sebelum tuu tahu takk apa org asal @ orang asli nii ??

haaaa ... ni jawapan dia :-

Perkataan Orang Asli adalah perkataan dalam Bahasa Melayu yang dirujuk kepada “orang asal” iaitu manusia yang mula-mula mendiami negara ini. Perkataan asli berasal daripada perkataan Arab iaitu asliyyin yang membawa maksud asal.

Menurut undang-undang Malaysia Akta 134, dalam Akta Orang Asli 1954 semakan 1974, terdapat beberapa definisi Orang Asli. Antaranya:

Mana-mana individu yang mana bapanya ialah seorang ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup, adat dan kepercayaan Orang Asli, termasuklah individu yang berketurunan melalui orang itu. Selain itu, ia didefinisikan juga sebagai mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa kanak-kanak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan Orang Asli ialah salah seorang ahli daripada masyarakat Orang Asli.

Seseorang itu disebut juga sebagai Orang Asli apabila anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan Orang Asli adalah seorang daripada ahli masyarakat Orang Asli. Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.

Panggilan Orang Asli sebenarnya digunakan bagi menggantikan nama-nama biasa yang digunakan oleh masyarakat lain seperti Orang Sakai, Darat, Pangan dan lai-lain lagi. Perubahan ini untuk mengelak dari rasa tersinggung dari kalangan Orang Asli yang mana ia tidak beretika dan tidak faham tentang norma sosial masyarakat lain dan mempunyai makna yang tidak baik, sekaligus tidak disukai oleh Orang Asli sendiri.  






ok seterusnya ....apakah hak hak orang asli ??? 


Sejak penubuhannya pada tahun 1999, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) telah berhadapan dengan pelbagai aduan daripada Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia dan Anak Negeri di Sabah dan Sarawak, atau secara berkumpulan lebih dikenali sebagai Orang Asal (Indigenous Peoples) Malaysia berkaitan hak asasi mereka, secara spesifik, dakwaan mengenai pencabulan hak-hak tanah adat masyarakat Orang Asal.
SUHAKAM berpendapat bahawa isu tanah yang berterusan dan sistemik yang mempengaruhi Orang Asli/Asal dalam negara ini dapat dikendalikan dengan cara terbaik melalui satu pendekatan yang komprehensif dan mendalam dengan tujuan untuk memahami dengan lebih baik lagi mengenai isu tanah dan cara terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi kepentingan untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia komuniti Orang Asli/Asal di negara ini. Sehubungan dengan ini, SUHAKAM telah menjalankan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia pada julung kali untuk meneliti punca utama isu tanah yang dihadapi oleh Orang Asli/Asal dari sudut hak asasi manusia. Inkuiri Nasional yang dijalankan dari Disember 2010 hingga Jun 2012 ini melibatkan beberapa siri pendengaran awam di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Hasil dapatan kajian ini telah dikumpulkan dalam sebuah laporan komprehensif yang bertajuk “Laporan Mengenai Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia” (Laporan Inkuiri Nasional) yang mengandungi isu dan syor utama untuk pertimbangan dan tindakan susulan pihak Kerajaan. Berikutan pengumuman umum Laporan Inkuiri Nasional pada 5 Ogos 2013, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji secara teliti laporan tersebut.
Suruhanjaya menyambut baik penubuhan Pasukan Petugas Khas oleh Kerajaan untuk mengkaji hasil dapatan dan syor Laporan Inkuiri Nasional. Suruhanjaya berharap Pasukan Petugas Khas ini akan menyiapkan laporannya dalam masa terdekat dan memastikan pelaksanaan awal dan efektif ke ke atas syor-syor yang dikemukakan dalam Laporan NI Suruhanjaya.
Sebagai pelan susulan, SUHAKAM merancang untuk mengadakan taklimat bersama pelbagai pihak berkepentingan berhubungan laporan Petugas Khas di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 
Sekiranya nakk maklumat yang lebih details, pembaca semua boleh lahh ke : http://www.suhakam.org.my/ms/national-inquiry/     
Isu Isu berkaitan dengan hak orang asli dicabul :- 


http://www.malaysiakini.com/news/125937

(laman web ini adalah berita tentang hak asasi orang asli dicabul, untuk membacanya sila click) 










Jadi di sini sis nakk tekankan .......... kita haruslah saling menghormati hak - hak yang ada terhadap sesebuah kaum sam ada minoriti atau majority .... sekiranya hak kita juga dicabul atau diambil pasti kita marah kan ? begitu jugak dengan ornag lain :)
haaaaa .... ni lah sedikit sebanyak yang sis catat masa prof sis ajar :DD Moga bermanfaat yaaa !

8 comments:

  1. ooo...baru tahu pasal org asli..hehe

    ReplyDelete
  2. good job! sangat membantu maklumat ttg orang asli dalam post ini.

    ReplyDelete
  3. Wah, terima kasih sebab kongsi ilmu mengenai orang asli. Niceeee

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Saya tidak pernah tahu mengenai orang asli, terima kasih sebab kongsi ilmu ini. Syabas, sekiranya ada lagi maklumat seperti ini harap dapat dikongsi lagi

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih pada semua yang sudi baca blog saya :) In shaa ALLAH saya akan kupas lagi isu isu lain mengenai hak asasi manusia .... Moga penulisan saya bermanfaat pada kalian . In shaa ALLAH

    ReplyDelete
  7. Syabas perkongsian ilmu yang baik :)

    ReplyDelete
  8. waaaaa banyaknya dapat info tentang orang asli. Dulu, tau buat khidmat masyarakat dekat diorang je tapi sekarang dah tau lebih banyak maklumat tentang orang asli yang sebenarnya boleh juga kita panggil orang asal :) hehe

    ReplyDelete