Wednesday, 16 November 2016

Hak Hak Berhimpun & perhimpunan ...... baca jangan takk baca yaaa :D

Haiii Assalam semua ....
Harini sis dapat idea untuk menulis tentang sesuatu yang hangatt dan hott di pasaran gituuhh ... dan ianya sering berlaku di negara kita sendiri iaitu di Malaysia ... dan baru baru ini isu ni terjadi lagii .... hmmm salah ke untuk kita melakukan perhimpunan ?? haaaaa meh sini sis nakk brainwash dan nak kupas dgan lebih mendalam lagi tentang isu hangat niii .....  pinjam mata anda kejap untuk baca penulisan hebat sis nii ( hihihhi berangan ni nak jadi penulis bertauliah :P ) kuii kuii kuii ... ehh bebel pulakk sis nii .... jom kita sama sama baca hokayyy !

Sedikit Pengenalan tentang perhimpunan :-

Hak untuk berhimpun merupakan salah satu daripada hak asasi manusia dan telah termaktub dalam perlembagaan.Semua warganegara Malaysia diberi kebebasan untuk berhimpun.Tajuk ini merangkumi kepentingan dan kesan mengadakan sesebuah perhimpunan serta membincangkan akta perhimpunan yang diguna pakai sebagai garis panduan bagi masyarakat atau rakyat di Malaysia bagi menganjur atau menyertai perhimpunan.  

Antara Hak untuk Berhimpun dalam perlembagaan :-  

Hak atau kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PERKARA 10) iaitu peruntukan kebebasan kepada semua warganegara Malaysia. 




TETAPI .......... parlimen boleh mengenakan tindakan atau sekatan sekiranya ......


  1. Menjaga keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagian persekutuan dengan negeri-negeri lain untuk ketenteraman awam.
  2. Melindungi keistimewaan Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
  3. Mengelakkan penghinaan dan fitnah terhadap mahkamah dan perbuatan yang boleh menimbulkan penentangan terhadap kerajaan.
  4. Menjaga hubungan baik dengan negara - negara lain.
  5. Sekiranya bercanggah dengan prinsip moral sejagat. 

Di parlimen telah berlaku pindaan dengan mewujudkan Akta (pindaan) Perlembagaan 1971,Akta 30 yang berkuatkuasa 10 MAC 1971 yang menjadikannya suatu hasutan atau jenayah kepada sesiapa yang mewmpersoal isu sensitif. 


Seterusnya .... Apakah kepentingan atau manfaat yang kita dapat dengan melakukan perhimpunan nii ?? 


1) Menyuarakan hak sesuatu bangsa atau masyarakat.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai adat dan tradisi kerana terdapat masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.Oleh itu,perhimpunan boleh dijadikan sebagai tapak untuk bersuara. Contohnya, masyarakat Islam mementingkan makanan HALAL untuk memenuhi tuntutan. Banyak isu yang boleh kita lihat dari aspek ini seperti isu Mcdonals yang menggunakan bahan - bahan yang tidak halal, Starbucks dan baru baru ini isu hot dog Auntie Anne's. 






2) Mewujudkan masyarakat yang produktif.

Masyarakat yang berkualiti akan sentiasa peka mengenai sesebuh isu yang terjadi.Melalui perhimpunan,masyarakat boleh bersuara seperti Perhimpunan Aman pro-Palestin yang diadakan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos 2014 iaitu bagi menyuarakan kekejaman askar Israel yang menyerang penduduk Palestin tanpa henti yang bermula pada awal Ramadhan 2014. Secara tidak langsung,perhimpunan ini menjadikan masyarakat saling berganding bahu antara satu sama lain untuk mempertahankan dan membuat bantahan terhadap apa yang mereka rasakan salah.  



 

  

* Kalau takk silap sis, antara artis yang kuat menyokong gerakan ini adalah Heliza Helmi dan juga Afdlin Shauki. Beberapa kali juga setiap kali Ramadhan memang Heliza Hilmi akan turun padang untuk melakukan persembahan amal untuk meminta derma dan dana bagi Palestin :) sis ada berjumpa dengan Heliza Helmi masa di PKNS Bangi. Kalau Afdlin lebih kepada jualan charity dan media massa :)  
 
                                                     sis bersama HELIZA HELMI :))))


3) Hak mendapat maklumat dan kebenaran

Melalui suara rakyat yang ingin mengetahui perkembangan mengenai status mengenai isu hangat seperti harga minyak atau rasuah yang sering dimainkan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan harus dinyatakan dengan teliti untuk memudahkan rakyat menerima atau menolak kenyataan tersebut. Hal ini demikian kerana rakyat juga berhak mengetahui apa di sebalik sesebuah pentadbiran negara. 



 

Jadi .... ini adalah sedikit sebanyakkk apa yang sis dapat kongsikan dgan deme ok ! kesimpulannya .... untuk melakukan perhimpunan itu tidak salah, memang kita ada hak tapi still kene ingat dan kene ada batas batas yang kita kene jaga ... antara sebabnya adalah untuk menjaga kemakmuran dan keamanan negara .... hehhehhehe .... Moga bermanfaat yaaa semua . baiiiibaiiiii

5 comments:

  1. Best lah blog awak ni. Banyak input and gambar so tak bosan bila baca. Hehe

    ReplyDelete
  2. Banyak maklumat yang saya dapat dari blog ini, terima kasih sebab muat naik semua ini. Banyak saya tahu mengenai tanah air tercinta kita iaitu Malaysia.

    ReplyDelete
  3. itulah ... kita sebagai rakyat Malaysia harus peka akan keadaan di persekitaran kita ... perlu ambil tahu dan menambahkan ilmu pengetahuan ... terima kasih pada pembaca sekalian :))

    ReplyDelete
  4. Macam-macam input dan ilmu yang bermanfaat saya dapat dari blog awak. Tahniah :)

    ReplyDelete