Monday, 31 October 2016

OKU = Orang Kurang Upaya Dan Haknya :D

Assalam :) Haiii semuaaa ....harini sis ada tengok cerita PEKAK lakonan Zahiril Adzim, Sharifah Amani dan Sharifah sakinah. Cerita ini mengisahkan tentang seorang OKU iaitu Uda (Zahiril Adzim) yang ingin menjadi seperti manusia biasa yang normal. Uda adalah OKU yang tidak boleh mendengar iaitu PEKAK. Yang menarik tentang cerita ini adalah Uda telah menjadi "pusher" iaitu menjual dadah untuk mendapatkan duit. Hasil daripada pendapatan itu, Uda membuat pembedahan supaya dia boleh mendengar semula. Sis rasa tindakan yang Uda buat itu adalah salah ....... memang betul kita kene usaha untuk mendapatkan sesuatu untuk kebaikan tapi caranya haruslah betul dan telus lagi lagi apabila melibatkan orang kurang upaya . OKU adalah insan istimewa yang harus dibela nasibnya ....  jadi di sini sis nakk search sikit pasal hak hak OKU nii ..... 



haaaa .... meh sini rajin rajin kan membaca :D 

  • Perlembagaan mahupun undang-undang tidak melarang secara khusus diskriminasi berlandaskan ketidakupayaan fizikal atau mental. Namun, kerajaan menggalakkan penerimaan dan integrasi orang kurang upaya oleh masyarakat awam.  

  • Kerajaan tidak mendiskriminasi orang kurang upaya daripada segi pekerjaan, pendidikan, akses ke perkhidmatan kesihatan, atau peruntukan perkhidmatan kerajaan yang lain. Peraturan sektor awam memperuntukkan 1 peratus daripada pekerjaan sektor awam kepada orang kurang upaya.  

  • Kerajaan tidak mewajibkan penyediaan kemudahan pengangkutan bagi orang kurang upaya. Hanya sebilangan kecil kemudahan awam telah diubahsuaikan untuk orang kurang upaya. Bangunan baru milik kerajaan secara umumnya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya. Satu peraturan amalan menjadi garis panduan kepada semua agensi kerajaan, majikan, persatuan pekerja, pekerja dan pihak lain bagi menempatkan orang kurang upaya yang berkelayakan dalam sektor swasta. 

  • Sekolah yang menawarkan pendidikan khas wujud namun tidak dapat menampung segala keperluan orang kurang upaya. 

  • Berikutan bantahan oleh orang kurang upaya pada tahun-tahun yang lepas, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan penerimaan orang ramai terhadap orang kurang upaya, kemudahan awam kepada orang itu, dan meningkatkan peruntukan bajet bagi program yang disasarkan untuk membantu mereka. Memandangkan kebanyakan pengangkutan awam tidak menyediakan kemudahan yang “mesra orang kurang upaya”, kerajaan telah mengekalkan pengurangan duti eksais sebanyak 50 peratus bagi kereta dan motosikal keluaran tempatan yang diubahsuaikan untuk golongan ini. Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab terhadap perlindungan hak asasi orang kurang upaya.

  • Pada 9 September 2011, Menteri Shahrizat mengumumkan bahawa Kabinet telah meluluskan satu cadangan yang menghendaki semua pihak berkuasa tempatan memasukkan orang kurang upaya dalam jawatankuasa perancangan dan pembangunan. Cadangan itu juga mencadangkan bahawa pihak berkuasa tempatan menubuhkan sebuah unit akses pengauditan bagi tujuan mencadangkan penambahbaikan akses untuk orang seperti ini untuk bangunan dan kemudahan. 

  • Akta Orang Kurang Upaya 2008 mengiktiraf hak-hak orang kurang upaya untuk menikmati faedah pengangkutan awam, perumahan, pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan. Namun, tidak ada hukuman bagi mereka yang tidak mematuhi peruntukan akta ini. Sebagai contoh, terdapat undangundang kecil yang mewajibkan bangunan baru menyediakan akses bagi orang kurang upaya. Tetapi terdapat juga kelemahan yang membenarkan pihak berkuasa tempatan untuk dikecualikan daripada pematuhan. Pengkritik memanggil akta ini sebagai "harimau tak bertaring." 

  • Seorang pejuang terkenal bagi hak orang kurang upaya menunjukkan bahawa kesukaran praktikal terus menenggelamkan kelebihan mana-mana undang-undang atau dasar yang membantu orang kurang upaya. Sebagai contoh, peruntukan 1 peratus bagi pekerjaan di sektor awam sebenarnya tidak diisi, dan bangunan masih kekurangan tandas dan kemudahan lain yang mencukupi. Beliau menyifatkan sekolah rendah secara praktikalnya tidak dapat diakses oleh pelajar kurang upaya, yang memerlukan ibu bapa yang berkeupayaan untuk datang ke sekolah untuk membantu anak mereka turun dan naik tangga, memberi mereka makan, dan membawa buku-buku mereka ke kelas. Sesetengah pengangkutan awam dilengkapi dengan tanjakan yang boleh diletakkan secara manual untuk membantu pengunjung kurang upaya, tetapi mereka memerlukan bantuan pemandu dan jarang digunakan.  

Di sini sis lampirkan sedikit maklumat tentang SLIDE dan SEARCH tentang hak - hak Orang Kurang upaya :-  

  • http://www.unitedvoice.com.my/SA_pdf/4KesedaranHakDiri.pdf 
Antara keratan akhbar tentang orang kurang upaya (OKU) :-



 

 

Kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU) :-

                                           


                                           

Semoga segala penulisan sis ini memberi manfaat kepada semua :))



Wednesday, 26 October 2016

KEKUATAN WANITA MAMPU MENGEGGARKAN DUNIA !

Haii Assalam semua :) 

Harini sis terdengar lagu - lagu tentang wanita ..... setelah sis amati lirik lagu ini ianya berkisarkan tentang wanita, betapa kuatnya wanita itu ... Tak dapat dinafikan kekuatan lelaki adalah lebih berganda berbanding wanita .... TETAPI jgan pernah pandang wanita itu seblah mata yaa .... Dalam Al - QURAN iaitu ayat (An - Nisa) ada mengatakan tentang WANITA ! heheheh ... emosi pulakkk .... ok nii adalah lagu - lagu mengenai wanita  :-  

1. All About That Bass - Meghan Trainor 
2. Try - Colbie Caillat
3. Impossible Is Nothing - Iggy Azalea
4. Fancy - Iggy Azalea
5. Masterpiece - Jessie J
6. You Don't Know Me - Ariana Grande
7. This Is How We Roll - Fifth Harmony
8. BO$$ - Fifth Harmony
9. Salute - Little Mix
10. Get On Your Knees - Nicki Minaj    

Antara Lirik lagu untuk lagu Sing A Song For Women :-  


                                            SING A SONG FOR WOMEN 

Words by Rachel Obal and Frances Key 

Song by Frances Key

All across the nations,
All around the world, 
Women are longing to be free

No longer in the shadows,
Forced to stay behind,
Side by side in true equality!
Women can't be silent,
When all around the world,
People hurt, and hungry children cry.

So raise your voice for justice,
Speak for those who can't,
Hold the rights of every woman high.

Oh sing a song for women everywhere,
May the sound of liberation fill the air,
Let the truth resound,
Proclaim our right,
To be free!
In equality, development, and peace...

Woman struggle daily to build a better world,
So hope and love may grow on every shore,
Where all lay down their weapons,
Learn to trust and share,
And people work to bring an end to war!

Sing a song for women everywhere,
Let the sound of liberation fill the air,
Let the Truth resound,
Proclaim our right to be free!
In equality development, and peace

Oh sing a song for women,
And the girls who follow them,
Let us fly freedom's sky!

Sing a song for women everywhere,
Let the sound of liberation fill the air,
Let the Truth resound,

Proclaim our right to be free!
In equality development, and peace

Equality, development and peace...
(and peace, we sing of peace...)
Sing a song for women....sing a song of peace







Jadi ... sis pun terfikirlah untuk search pasal Hak - Hak Wanita kan .... so dgarlah sis membebel ni hokayyy ! 

Apakah Hak Wanita ?  



  





Hak asasi Perempuan merupakan bahagian dari Hak asasi manusia. Penegakan hak asasi perempuan merupakan bahagian dari penegakkan hak asasi manusia. Sesuai dengan komitmen internasional dalam Deklarasi PBB 1993 , maka perlindungan, pemenuhan dan penghormatan hak asasi perempuan adalah tanggungjawab semua pihak baik lembaga-lembaga Negara ( eksekutif, legislatif, judikatif ) mahupun Parti politik dan Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM). Bahkan warganegara secara perseorangan punya tanggungjawab untuk melindungi dan memenuhi hak asasi perempuan .Dari berbagai kajian tentang perempuan, terlihat bahawa kaum perempuan sudah lama mengalami diskriminasi dan kekerasan dalam segala bidang kehidupan .  

Berbagai bentuk diskriminasi dan kekerasan terhadap perempuan telah memperburuk keadaan kehidupan perempuan dan menghambat kemajuan perempuan. Bermacam - macam usaha telah lama diperjuangkan untuk melindungi hak asasi perempuan dan kebebasan bagi perempuan, namun sampai dewasa ini hasilnya belum signifikan.Mengatasi hal ini, diperlukan berbagai instrumen nasional tentang perlidungan hukum terhadap hak asasi perempuan. 

Di level Perserikatan Bangsa-Bangsa masalah perlindungan hak asasi perempuan sudah sangat dipahami antara lain melalui Deklarasi Beijing Platform, pada tahun 1995 yang melahirkan program –program penting untuk mencapai keadilan gender. Di Indonesia, sesungguhnya sudah cukup banyak perlindungan hukum terhadap hak asasi perempuan, baik dalam bentuk peraturan perundang-undangan maupun dalam bentuk kebajikan -kebajikan negara.  

Namun hak asasi perempuan masih belum terlindungi secara optimal / keseluruhannya. Bila dicermati dengan seksama , sesungguhnya banyak keadaan rawan terhadap kemajuan perlindungan hak asasi perempuan di Indonesia. Dengan struktur masyarakat patriarkhi, secara sosio- kultural kaum laki-laki lebih diutamakan dari kaum perempuan, bahkan meminggirkan perempuan. 

Perilaku budaya yang menetapkan perempuan pada peran ibu dan isteri merupakan hambatan besar dalam pemajuan hak asasi perempuan. Disamping itu, interpretasi keliru dari ajaran agama tentang gender telah mengurangi universalitas hak asasiperempuan di Indonesia. 

Dengan lambatnya pemajuan perlindungan hak asasi perempuan di Indonesia, maka nampaknya diperlukan upaya-upaya disamping kegiatan sosialisasi yang optimal mengenai hak asasi perempuan, juga penambahan Peraturan Perundang-undangan tentang hak asasi perempuan.Disamping itu, dengan banyaknya masalah yang muncul tentang kehidupan perempuan, maka perangkat undang-undang masih sangat diperlukan untuk mengatasi persoalan-persoalan perempuan, seperti eksploitasi terhadap tenaga kerja perempuan, persoalan perempuan di wilayah konflik, prostitusi dan lain-lainnya. 
                                Antara isu tentang hak asasi wanita :- 
  



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu komitmen dan usaha diteruskan bagi menamatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, selain komitmen, perlu juga ada usaha untuk memastikan golongan wanita dan kanak-kanak perempuan menikmati kesaksamaan dalam hal ekonomi dan sosial.
Beliau menegaskan, usaha membanteras segala bentuk keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan menjadi keutamaan Suhakam selaras dengan prinsip negara ini menerima rangka kerja hak asasi manusia untuk mencegah, menghukum dan mengutuk diskriminasi terhadap wanita.

"Keganasan terhadap wanita bukan sahaja melanggar hak asasi manusia, malah boleh dikatakan sebagai sumber asas diskriminasi berasaskan gender.

"Keganasan ini merangkumi pelbagai bentuk dan tidak terhad kepada sesuatu negara, budaya, bangsa, agama atau kumpulan," katanya dalam kenyataan sempena memperingati Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita, di sini hari ini. 

Hasmy berkata, walaupun perhatian global dan kemajuan mengenai isu-isu hak wanita semakin meningkat di negara ini, kebimbangan terhadap keganasan itu masih menjadi kebimbangan utama sosial.

Bagaimanapun, bagi mencegahnya, Malaysia telah melancarkan Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja (1995) di bawah Kementerian Sumber Manusia, katanya.

Selain itu, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 juga digubal bagi membolehkan tindakan diambil terhadap seseorang, jika jenayah termasuk dalam bidang kuasa Kanun Keseksaan. - Bernama

Source: http://www.sinarharian.com.my/semasa/teruskan-komitmen-banteras-keganasan-wanita-1.336574




Antara jalan penyelesaiannya :- 

 

 






Antara Hak - Hak wanita yang terdapat di Malaysia :- 


Antara laman web sebagai rujukan tentang Hak Asasi WANITA :- 






Wednesday, 12 October 2016

VIDEO INFORMASI TENTANG MAHATMA GHANDI

PEMIMPIN REVOLUSI RAKYAT INDIA - MAHATMA GHANDI

Haii Assalam :)   





Harini tertarik untuk bercerita tentang seorang manusia yang begitu berani dan berkarisma walaupun penampilannya dan caranya amat sederhana iaitu tokoh pejuang hak asasi manusia : Mahatma Ghandi.  

Mahatma Gandhi adalah satu dari banyak pemimpin India yang dikenal sebagai tokoh yang penuh dengan kedamaian. Gandhi dikenal sebagai seorang sosok yang memimpin rakyat India untuk lepas dari belenggu penjajarahan Inggris dengan berasakan kedamaian. Sebagai seorang penganut agama Hindu, Gandhi menerapkan ajaran agamanya untuk menginspirasi dunia untuk meninggalkan kekerasan, menjunjung tinggi hak asasi manusia, dan kemerdekaan. 


'Saya menginginkan kemerdekaan India tanpa pertumpahan darah. Yang saya utamakan adalah mendapatkan kemerdekaan dalam keadaan bersahabat dan damai. Maka dengan itu, kita bisa menentang mereka tanpa menggunakan senjata. Yang harus kita tunjukkan pada mereka adalah kemahuan kita yang keras, kemahuan ingin merdeka dan diperlakukan dengan adil' -Mahatma Gandhi- 

Nama asli beliau ialah Mohandas Karamchand Gandhi. Mahatma Gandhi dan lahir pada tanggal 2 OKTOBER 1869 di Porbandar, Gujarat, India. Mahatma hanya sebuah gelaran yang diberikan untuk Gandhi, yang merupakan sebuah kata dalam bahasa Sanskerta yang berasal dari dua kata iaitu maha (besar) dan atma (jiwa).  


Pada tahun 1891, saat ia berusia 22 tahun, ia pergi ke London untuk melanjutkan pelajaran ke tahap pendidikan yang lebih tinggi dalam Fakulti Undang-Undang di University College, London. Kemudian,beliau bekerja di syarikat India di Afrika Selatan. 

Mahatma Gandhi telah pulang ke India bagi membantu negaranya menuntut kemerdekaan dari jajahan Inggeris dan menjadi pemimpin dalam perjuangan tersebutDalam proses menggapai kemerdekaan tersebut, rakyat yang memiliki agama dan suku yang berbeza yang hidup di India pada saat itu saling bersatu dan juga bekerjasama untuk membantu satu sama lain demi kepentingan dan kesejahteraan bersama iaitu menggapai sebuah kemerdekaan.

Mahatma Gandhi bersama rakyat India melancarkan "gerakan pahlawan" tanpa kekerasan pada pihak Inggris. Gerakan ini memberikan inspirasi bagi rakyat India, sehingga tahun 1919, gerakan tersebut mendapat sokongan dari hampir seluruh masyarakat India. Dalam gerakan yang beliau lakukan, beliau memperkenalkan istilah Satyagraha yang mempunyai erti "kebenaran dan keteguhan" yang disampaikan pada rakyat India. 

Akhirnya, India berhasil memperoleh kemerdekaan pada tahun 1947 hasil perjuangan yang dilakukan rakyat India. Namun, pemeluk agama Hindu dan Islam ingin dan behasrat untuk mempunyai negara sendiri. Setelah India merdeka, telah berlaku pepecahan negara iaitu menjadi dua negara India dan Pakistan.

Pada 30 Januari 1948, saat Gandhi berada di New Delhi ada seorang fanatik dari agama Hindu yang membunuhnya dengan senjata kerana Gandhi yang beragama Hindu saat itu dinilai memihak pada agama Islam.  

Gandhi adalah seorang yang tidak membeza-bezakan agama dan dikenali sebagai tokoh perjuang anti kekerasan, keadilan dan pendamaian di dunia. Ini adalah sedikit sebanyak apa yang telah saya faham dan saya baca tentang Mahatma Ghandi. Harapnya penulisan saya ini dapat membantu dan memberi sedikit input kepoada para pembaca. 

Ini adalah sedikit biodata tentang Mahatma Ghandi : -







Nama Lengkap : Mahatma Gandhi

Alias : Mohandas Karamchand Gandhi
Profesi : Aktivis
Agama : Hindu
Tempat Lahir : Porbandar, Gujarat, India
Tanggal Lahir : Sabtu, 2 Oktober 1869
Zodiac : Balance

Istri : Kasturba Gandhi
Anak : HarilalManilalRamdasDevdas
Ayah : Karamchand Gandhi
Ibu : Putibai Gandhi 

Saturday, 8 October 2016

KANAK - KANAK

Haiii Assalam :) 

Untuk kelas citra 2 iaitu Literasi dan Kmomuniti, sis dan group sis terdiri daripada 10 orang kene buat 1 kerja lapangan berkaitan tahap membaca sebab Literasi kan :) Jadinya, plan punya plan in Shaa ALLAH, kalau ada rezeki ada jodoh kami akan ke Rumah Bakti Al -Kausar area bangi, jadi dekatlah dengan UKM dan Bangi kan.... Senanglah nak ke sana dan kalau ada apa apa terjadi kita dah familiar lah dgan Bangi ni :)) skrg ni dalam proses tgah deal dengan warden Rumah Bakti tu iaitu Encik Khairul. Mudah mudahan diluluskan, Amin :) Bukan mudah untuk jalankan sesebuah program lagi lagi bila semua orang expect terbaik dari kau. Serius, tekanan tu tinggi..... 

Lepastu dah alang - alang search pasal kanak - kanak ni kan terus macam terfikir nak tahu apa hak yang kana - kanak ada eh ? siapa yang tentukan hak mereka ? apa jadi kalau hak kank - knak ni tertindas ?? hmmm .... sesuatu yang menarik dan membuka minda sis untuk search dan tahu lebih lanjut ... sooooo APAKAH HAK ASASI KANAK - KANAK DI MALAYSIA ??? k first, Konvensyen Kank - kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) ke 44 pada 20 November 1989. Ianya merupakan satu dokumen memberi perlindungan kepada kanak -kanak dari aspek :- 


  • pengabaian
  • penderaan 
  • eksploitasi 
  • jaminan kanak - kanak mendapat haknya
Konvensyen kanak - kanak ini amat diperlukam kerana :-

  • banyak negara tiada struktur perundangan bagi kanak - kanak.
  • perkembangan kesihatan kanak - kanak amat penting
  • kanak - kanak ini lebih lemah berbanding orang dewasa 
  • kanak - kanak mudah terpengaruh dan terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan
  • kanak - kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh dari segi pilitik dan ekonomi. 
Antara konvensyen kanak - kanak adalah seperti yang berikut :- 


Hak Asasi Kanak Kanak adalah seperti :-


Antara usaha yang dilakukan bagi melindungi kanak - kanak :- 



 
Sis berharap agar kanak - kanak ini mendapat hak yang sepatutnya dan sis juga berharap agak kanak - kanak  ini diberikan perlindungan dari semasa ke semasa. Kanak- kanak merupakan modal insan penting kepada Negara :D